Selamat Datang

    Ketaakulan Untuk Terus Berjaya

    Masyarakat inginkan kejayaan dan kebanyakan daripada mereka mengandaikan bahawa perniagaan merupakan satu platform untuk mencapai apa yang mereka idamkan selama ini. AWAS, jangan mudah terpengaruh dengan fikiran yang sedemikian. Perniagaan bukannya sesuatu yang common sense ataupun perkara yang biasa. Perniagaan merupakan satu disiplin yang perlu ada bagi setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. Jika masyarakat beranggapan bahawa kejayaan akan dapat dikecapi dengan menceburkan diri dalam perniagaan, tanggapan ini perlu dikikis kerana untuk mengecapi sesuatu kejayaan ia tidak semestinya melalui perniagaan.


    Pencapaian yang hebat dalam kerjaya dengan menjawat jawatan yang tinggi dalam syarikat, jawatan pentadbiran dalam sesebuah negara, kejayaan dalam bidang penyelidikan dalam organisasi dan banyak lagi merupakan satu contoh yang terbaik. Terdapat dua persamaan di sini iaitu kejayaan perniagaan dan kejayaan kerjaya. Hakikatnya, sama ada kejayaan perniagaan mahupun kerjaya ia bukanlah merujuk kepada perniagaan ataupun kerjaya yang mereka ceburi semata-mata. Kejayaan ini merujuk kepada individu yang terlibat dalam bidang yang mereka ceburi. Dengan kata lain, perniagaan ataupun kerjaya hanyalah sesuatu faktor yang berubah. Ia akan berubah kepada kejayaan atau kegagalan hanya dengan kesungguhan dan ketaakulan individu yang dipertanggungjawabkan.Sesungguhnya entrepreneur yang berjaya akan dapat memacu perniagaan dengan lebih berkesan.

    Hakikatnya, tidak semua entrepreneur yang menceburkan diri dalam perniagaan itu mencapai apa yang mereka impikan. Fakta yang menunjukan bahawa 90 peratus entrepreneur gagal dalam perniagaan dalam tempoh masa lima tahun. Terbaru kajian daripada Small Business Administration (SBA) menyatakan;
    • 2/3 entrepreneur baru gagal dalam jangka masa dua tahun.
    • 44 peratus entrepreneur baru gagal dalam jangka masa lima tahun.

    Bagaimanakah ini terjadi?

    Menurut statistik yang dikeluarkan ini, faktor yang menjadi punca kepada keadaan ini adalah disebabkan oleh:
    • Memulakan perniagaan pada masa yang tidak sesuai.
    • Pengurusan yang lemah.
    • Modal yang tidak mencukupi.
    • Masalah lokasi.
    • Kegagalan dalam merancang.
    • Pengembangan perniagaan yang tidak terkawal.
    • Tiada pembangunan laman web.

    Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia. Melalui perniagaan banyak peluang pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi individu, masyarakat dan negara dapat diwujudkan. Perniagaan yang dibangunkan oleh entrepreneur sememangnya dilihat sangat istimewa berdasarkan peluang yang diwujudkan kepada masyarakat yang memerlukan. Pekerjaan dapat dicipta untuk diisi oleh penganggur, permintaan masyarakat dapat dipenuhi dan tuntutan negara untuk pembangunan dapat dilaksanakan. Sebagai satu pekerjaan yang mulia ini, adalah menjadi cabaran bagi entrepreneur untuk memastikan perniagaan mereka sentiasa konsisten dan berdaya maju.

    Untuk menjadi konsisten dan berdaya maju, saya kerap kali diajukan soalan "Man, apa sebenarnya rahsia anda?"

    Apa rahsia saya? Jika usaha gigih itu dikategorikan sebagai rahsia, maka itulah rahsia sebenar saya. Jika rajin itu dikategorikan sebagai rahsia, maka itulah rahsia saya. Saya pernah mengalami kegagalan dan jatuh bangun. Seperti kebiasaan kepada perkongsian saya kepada masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan sebelum ini, kerajinan menjadi tunggak utama kejayaan. Berilmu, tabah dan sabar, tidak ada gunanya jika malas, bekerja sekali-sekala atau lebih banyak berehat daripada bekerja bukannya kualiti untuk menjadi entrepreneur yang benar-benar berjaya.

    "Batu keras juga boleh menjadi lekuk, retak dan pecah kesan KERAJINAN air menitis setiap hari".

    Namun begitu, bagaimana pula halnya orang yang rajin berusaha, gigih berusaha tetapi tidak juga menjadi entrepreneur yang berjaya? Isunya di sini, tujuan berusaha dengan rajin itu bukan untuk menjadi berjaya. Kemungkinan di hatinya sentiasa menolak untuk menjadi berjaya atau mungkin juga golongan ini mengusahakan di tempat yang salah. Tersalah letak atau lebih mudah diklasifikasikan sebagai tiada matlamat khusus. Berusaha gigih, sangat rajin dan tekun tetapi ada satu perasaan yang masih membelenggu diri iaitu sindrom berbelah-bagi.

    Oleh itu, kebanyakan entrepreneur masih perlu dibimbing dan dibangunkan dengan ketaakulan, kesedaran yang teguh serta strategistrategi perniagaan yang bersistematik supaya dapat kekal dalam arena perniagaan. Ini penting kerana melalui strategi yang berkesan dapat membantu entrepreneur mempunyai daya saing yang tinggi. Kejayaan sesuatu perniagaan dilihat sebagai rahsia kejayaan entrepreneur. Entrepreneur yang mempunyai perniagaan yang maju mempunyai jati diri dan pengetahuan yang sangat baik dalam per-niagaan. Kegagalan bukan merupakan pilihan bagi entrepreneur yang berjaya, sebaliknya mereka mempunyai tahap kematangan fikiran yang inggi, pengetahuan yang baik serta minda yang positif yang dapat membuka jalan kepada lebih banyak peluangpeluang perniagaan untuk berkembang. Bagi memacu kepada sikap dan sifat entrepreneur yang gigih dan berjaya, ketaakulan dan pembangunan yang berterusan difikirkan wajar diaplikasikan kepada setiap entrepreneur dengan mengenal pasti secara lebih mendalam cara untuk mencipta peluang serta melaksanakan perniagaan dengan cara yang lebih praktikal dalam pembangunan entrepreneur melalui PEOPLEpreneur Business School.

    Di PEOPLEpreneur Business School ini juga, saya akan berkongsi kepada entrepreneur dan bakal entrepreneur mengenai kirteria utama yang perlu dititik beratkan oleh mereka sebagai bekalan menghadapi inspirasi untuk bersama-sama memantapkan keupayaan individu dalam setiap cabang perniagaan mereka terutamanya dalam menghadapi keadaan kegawatan ekonomi saat ini. Perkongsian ini turut dibangunkan bersama Dr Irfan Khairi serta individu yang pernah mengalami saat getir dalam perniagaan memperolehi RM1 juta dalam perniagaannya serta kehilangan berjutajuta dalam sekelip mata. Perkongsian ini didedahkan supaya entrepreneur lebih bersedia dan mengenal pasti kriteria yang perlu dipantau sedalam-dalamnya bagi memastikan kejayaan sentiasa bersama anda. Anda juga dialu-alukan untuk bersama-sama kami secara online di www.peoplelogy.net.

    artikel bersama: Dato' Dr Azman Ching