Baru-baru ini saya bertemu seorang usahawan. Beliau berkata perniagaan beliau tidak menentu. Banyak projek yang tidak dapat dilaksanakan kerana prestasi ekonomi dunia yang tidak stabil dan banyak perancangan pembangunan dibekukan. Pelbagai pendapat dan teori kita boleh usulkan. Namun cakap sememangnya mudah sebab kita tidak berada dalam masalah ini. Kita berada diluar suasana emosi mereka. Dalam situasi sekarang, kebanyakan individu mungkin tiada pilihan yang terbaik kecuali menerima sahaja perubahan. Sekarang bukannya masa yang baik untuk berkira-kira. Ada rezeki dalam perniagaan sudah memadai untuk meneruskan kehidupan. Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sebanyak RM10bilion belum tentu dapat mengembalikan zaman mewah dahulu. Mungkin ini adalah peluang kepada kita untuk terus berjuang dan melakukan perubahan dalam diri masing-masing.
Melihat kepada keadaan kegawatan ekonomi saat ini, bagai sudah menjadi satu trend, syarikat-syarikat mula membuang pekerja yang dirasakan tidak begitu berkepentingan kepada syarikat. Mengikut statistik, seramai lebih kurang 12 ribu orang telah kehilangan pekerjaan sejak kegawatan berlaku. Disebabkan masalah ini ramai diantara kita mencari alternatif lain untuk menangani kemelut kegawatan ekonomi ini. Sesetengah daripada kita memilih untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi masih tercari-cari jenis perniagaan yang bersesuaian, mungkin juga agak ragu-ragu sama ada layak atau mampukah kita untuk berjaya apabila melangkah ke dalam dunia bisnes.
Setiap pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan PEOPLEpreneur Business School berkait rapat dengan pembangunan diri entrepreneur itu sendiri dan juga bagaimana komuniti entrepreneur ini dapat membantu mereka untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Dalam PEOPLEpreneur Business School terdapat enam pedoman kejayaan untuk membaca semua entrepreneur ke arah kejayaan yang diimpikan iaitu:
- Mencipta Pulangan Yang Berlipat Berganda
- Memantapkan Modal Insan Melalui Semangat Entrepreneur
- Menerokai Pasaran Yang Tidak Ternilai Dan Tanpa Sempadan
- Mendalami Kunci Kejayaan Untuk Anda Menyesuaikan Diri Dengan Lebih Efektif - Road to Success
- Menguasai Teknik-Teknik Interpersonal dan Ilmu Berkomunikasi
- Meningkatkan Tahap Profesionalisme Dalam Dunia Perniagaan
Bagi saya sebagai seorang yang telah mengecapi kejayaan dalam perniagaan yang saya ceburi, saya ingin kongsikan dengan anda perkara terpenting dalm menjadi seorang entrepreneur yang berjaya adalah dengan memastikan anda mengenali diri dan kekuatan diri untuk memandu anda di dalam pilihan bisnes yang betul untuk anda ceburi. Dengan PEOPLEpreneur Business School, anda akan dibimbing menerusi beberapa modul untuk mengenal pasti nilai entrepreneurship di dalam diri. Menerusi maklumat ini anda akan dibimbing untuk menceburi bidang yang bersesuaian dan seterusnya anda akan diberi bantuan untuk memastikan anda berjaya dalam perniagaan yang anda ceburi. Anda juga perlu sedar setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu setiap orang memerlukan pendekatan, pemilihan dan penyelesaian yang berbeza untuk menjayakan diri dan bisnes anda. Pilihlah jenis perniagaan yang bersesuaian dengan pengetahuan, pengalaman dan kebolehan anda. Ini akan menjadi faktor utama ke arah kejayaan anda.
Menerusi PEOPLEpreneur Business School ini juga kami akan bekerjasama rapat dengan Dr Azman Ching yang berbesar hati untuk berkongsi idea dan inspirasi untuk bersama-sama memantapkan keupayaan individu di dalam setiap cabang bisnes terutamanya dalam menghadapi keadaan kegawatan ekonomi saat ini.
Maklumat lanjut mengenai PEOPLEpreneur Business School anda boleh layari laman web www.peoplepreneur.net
Artikel oleh:






