Selamat Datang

    Cara Penting Mulakan Perniagaan

    Adakah anda pernah terfikir untuk memulakan sesuatu perniagaan? Sekiranya jawapan anda ‘Ya’, anda berada pada landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, anda seharusnya mempunyai tanggungjawab, keinginan serta kemahuan yang tinggi. Langkah pertama, periksa hati anda. Adakah anda sudah cukup bersedia untuk memulakan perniagaan? Dan semestinya ia bukanlah atas idea, arahan atau paksaan daripada orang lain. Pastikan ia mestilah dari kerelaan hati sendiri. Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan:
    • Adakah anda ingin menjalankan perniagaan sendiri?(membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda)
    • Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan pada peringkat awal perniagaan?
    • Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan disiplin diri?
    Ia membuatkan anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

    Sekiranya anda menjawab ‘tidak’ pada semua soalan yang dinyatakan, ini bermakna anda belum lagi bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan. Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda benar-benar telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan yang anda pilih. Persoalan yang dinyatakan merupakan kriteria yang amat penting sebelum anda menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Persoalan tersebut perlu anda ungkaikan dengan mengetahui secara lebih mendalam mengenai diri anda, pelanggan anda dan juga kaedah yang efektif dalam perniagaan anda. Kriteria ini ditekankan dalam Peoplepreneur Business School yang dijalankan selama tiga hari dua malam. Justeru, sebagai langkah persediaan, anda juga perlu mengetahui adakah anda sudah benar-benar cukup bersedia untuk menjadi seorang usahawan? Untuk menjadi seorang usahawan yang benar-benar berjaya dan unggul terdapat beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan yang berjaya berbanding dengan orang lain iaitu:-
    • Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita.
    • Keinginan yang kuat.
    • Keinginan untuk mencari peluang.
    • Bersifat bersaing.
    • Percaya pada diri sendiri.
    • Kekuatan untuk berjaya.
    • Keyakinan diri.
    • Kesihatan yang baik.
    10 Tip Kesalahan Usahawan Pada Awal Permulaan Perniagaan
    1. Perniagaan yang terlalu umum perniagaan yang hendak dibuat terlalu umum, contoh berniaga makanan. Pastikan dalam perniagaan anda perlu memberikan spesifik jenis perniagaan makanan seperti menjual sate atau nasi campur atau menjual sup sahaja dan sebagainya.
    2. Mesti ada perancangan Setiap perniagaan yang anda ingin laksanakan perlu ada perancangan yang teliti iaitu perancangan jangka pendek dan panjang serta anda juga perlu mempunyai hala tuju yang tepat.
    3. Jangan membazir masa pada sesuatu yang tidak perlu.
    4. Pada permulaan perniagaan jangan mencari atau menunggu peluang yang besar sahaja, pastikan ikut kemampuan. Ambillah peluang yang ada walaupun kecil daripada menanti peluang yang besar tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa keuntungan.
    5. Dalam zaman sekarang internet adalah cara yang paling bagus untuk mempromosi dan meluaskan perniagaan kita. kita juga boleh membuat website untuk perniagaan kita tetapi pastikan dengan cara yang betul. Anda tidak perlu membelanjakan kos yang mahal untuk membuat website perniagaan anda.
    6. Sekiranya anda buat flyer, pastikan tempat yang anda ingin meletakkan flyer sesuai dengan perniagaan kita, contohnya, anda membuat perniagaan makanan ringan. Oleh yang demikian anda seharusnya meletakkan flyer kita di kedai-kedai makan, restoran dan sebagainya
    7. Percaya pada diri sendiri. Buat sesuatu mengikut perancangan dan juga kemampuan diri anda sendiri.
    8. Jangan berhenti membuat pemasaran bagi perniagaan anda. Ini adalah satu kesilapan besar sewaktu permulaan perniagaan. Kunci utama pemasaran adalah pengulangan supaya orang sentiasa ingat dengan perniagaan anda.
    9. Motivasi diri kita sendiri. Jangan mudah lemah semangat.
    10. Kita selalu sangka orang lain akan membuat kerja kita. Itu adalah salah! Sebenarnya apa yang mereka buat itu adalah untuk diri mereka sendiri bukan untuk kita. Selain itu sekiranya kita meniru cara orang lain, kita tak akan dapat seperti apa yang mereka dapat.


    Perkara yang penting sekali dalam permulaan perniagaan ialah ‘motivasi’. Pada awal perniagaan memang susah untuk kita membuat semua perkara disebabkan oleh banyak ketidakpastian, kurang sokongan dan sebagainya. Ini hanya di peringkat awal sahaja tetapi kita akan dapat keuntungan yang lebih daripada pengorbanan yang telah kita lakukan. Begitu juga, dari aspek motivasi dan sokongan, sangat penting dan diperlukan oleh usahawan khususnya usahawan yang baru bertapak. Mereka memerlukanantara satu sama lain bersama-sama berkongsi nilai yang sama dan semangat yang sama dalam perniagaan. Inilah usaha ke arah meningkatkan moral usahawan dalam sebuah komuniti usahawan dalam Peoplepreneur Business School. Anda juga boleh layari di www.peoplelogy.net.

    Artikel oleh: